Friday 13 July 2012

VANDALISME

Vandalisme

Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia adalah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh, Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report," sebahagian program TV The Screen Savers di TechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenai monkeypox semasa bersiaran langsung [3] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'Majikan saya seorang yang gemuk gedempol **** dan no telefonnya adalah ****'? Tentunya, seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi." [4]
"Desebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik elemen anarki," Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepada Wired News. "Walaupun begitu, kebanyakan daripada kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."
Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja-kerja vandalisme kerap kali dibaiki: Kajian yang terbaru oleh sekumpulan IBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah dibaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut dengan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass. 

Polisi

Pertamanya, kerana terdapat berbagai-bagai jenis pengguna yang mengambil bahagian dalam Wikipedia yang mempunyai pelbagai ideologinya tersendiri, yang hadir dari seluruh dunia. Wikipedia bertekad untuk membuatkan semua rencananya kurang berat sebelah sebaik mungkin. Bagaimanapun terdapat kritikan dari pihak tertentu yang mengatakan terdapatnya kewujudan suatu agenda yang digelar "berat sebelah bersistematik" yang dibikini oleh para peserta mampu mewarnai nilai keberkecualian sesuatu rencana. Matlamat mereka adalah untuk menulis rencana dari satu sudut pandangan sahaja, sudut pandangan bersifat objektif — ini merupakan pemahaman yang salah, dan sewajarnya untuk warga Wikipedia menanganinya menurut peruntukan dasar dan garis panduan yang tersedia.
Keduanya, perlu mengikuti dasar penamaan tajuk rencana; sebagai contoh, apabila terdapatnya kewujudan beberapa nama untuk sesuatu subjek khusus, nama yang menjadi kebiasaan oleh Wikipedia akan digunapakai.
Ketiganya, pengguna / ahli Wikipedia diperlukan untuk menggunakan laman perbincangan atau laman setara dengannya bagi memperkatakan sesuatu perubahan yang berlaku keatas sesuatu rencana atau laman. Hal ini semestinya lebih berhemah berbanding berbincang atas sesuatu perkara berbangkit hanya di dalam rencana tersebut sendiri.
Keempat, terdapat beberapa kemasukan yang tidak begitu digalakkan untuk membentuk rencana ensiklopedia ini. Contohnya, definisi kamus dan semua sumber bahan tambahan seperti teks undang-undang serta ucapan tidak diterima.
Kelima, terdapat berbagai-bagai larangan yang kadang-kala bertentangan dengan petunjuk, polisi, dan tingkah laku kebiasaan yang telah dipraktikkan dan disahkan praktisannya oleh komuniti Wikipedia secara bersama. Apabila sesuatu peraturan itu dicabar atau diabaikan, ia akan diputuskan satu perkara demi satu perkara sama ada untuk mengenakan peraturan yang lebih ketat atau tidak.

Perseorangan

Wikipedia telah disunting oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Wikipedia menamakan orang yang menyuntingnya sebagai Wikipedian.
Tidak ada istilah untuk ketua editor. Dua orang yang telah membentuk Wikipedia ialah Jimmy Wales (CEO syarikat kecil Internet Bomis, Inc.) dan Larry Sanger. Nama domain Wikipedia.com telah didaftarkan di bawah nama Wales. Untuk 13 bulan yang pertama, Sanger telah dibayar oleh Bomis untuk bekerja di Wikipedia. Sanger telah dikatakan seringkali menjadi perantara dan membuat keputusan berkaitan isu-isu yang hangat didebatkan. Ini bukanlah berasaskan kepada autoriti rasmi tetapi berdasarkan atas permintaan daripada pengguna-pengguna secara keseluruhannya. Dana habis untuk bayaran kedudukannya, mendorong kepada dia berhenti pada Februari 2002. Pekerja samasa dan masa lalu Bomis yang membuat kerja pada ensiklopedia termasuk Tim Shell, salah seorang pengasas-bersama Bomis, termasuk juga pengaturcara Jason Richey dan Toan Vo.

Perisian dan perkakasan

Pada mula-mulanya, ia memerlukan CamelCase untuk mencipta pautan; tidak lama kemudian, kaedah pautan dengan tanda kurung kembar yang kini digunakan diperkenalkan. Pada Januari 2002, Wikipedia mula dikendalikan dengan perisian wiki PHP yang berdasarkan pangkalan data MySQL. Perisian ini yang menambahkan banyak ciri (dan membatalkan tindakan kata-kata CamelCase menjadi pautan secara automatik), ditulis khusus untuk projek Wikipedia oleh Magnus Manske ("Fasa II"). Tidak lama kemudian, tapak itu beransur-ansur menjadi perlahan sehingga penyuntingan hampir tidak dapat dilakukan; banyak kali pengubahsuaian kepada perisian itu hanya memberikan penyelesaian sementara. Kemudian, Lee Daniel Crocker menulis semula seluruh perisian; versi yang baru yang merupakan suatu peningkatan utama yang telah digunakan sejak Julai 2002; perisian "Fasa III" ini kini dipanggil MediaWiki. Sejak dari masa itu, Brion Vibber telah bertanggungjawab kepada tugas membetulkan pepijat dan menalakan prestasi pangkalan data.
Pada akhir 2003, komputer pelayan yang perlahan menjadi masalah yang serius untuk penyumbang-penyumbang Wikipedia. Ramai di antara mereka mendapat masalah untuk menyunting rencana disebabkan oleh habis masa ("time-out") dan kelembapan yang luar biasa. Ini disebabkan oleh cuma terdapat satu pelayan sahaja yang melayan semua ahli Wikipedia pada satu-satu masa.
Projek ini sekarang berjalan di sembilan komputer pelayan yang tersendiri yang terletak di Florida. Tatarajah baru sekarang termasuklah satu pelayan pangkalan data dan empat pelayan web, yang mana memberikan laman yang diminta, membuat peredaran untuk semua Wikipedias. Untuk menambahkan kelajuan, muka surat untuk pengguna akan disimpan di dalam sistem fail sehingga apa yang dipapar adalah tidak sah, membolehkan pemaparan muka surat untuk diabaikan untuk keseluruhan muka surat yang paling kerap dicapai. Permintaan muka yang telah disimpan dilayan oleh dua pelayan Squid; pelayan-pelayan tersebut dihubungkan antara satu sama lain melalui dua sistem fail pelayan NFS (satu sebagai simpanan kecemasan - komputer pelayan NFS utama juga sekarang ini digunakan sebagai pelayan e-mel).

No comments:

Post a Comment