Vandalisme di Kalangan Remaja
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh
rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme
merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila
berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam
dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu
bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.
Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan
seperti rambutan dan limau di samping tidak
menghiraukan papan tanda had
kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak
dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau
keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang
dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan
berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan
bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama
mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa
Media
massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah
vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja
lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk
media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
iv.
Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja
adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya
akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang
mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan
merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak
ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala
negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda
awam.
Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan
Undang-undang
Penguatkuasaan
dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991),
sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan
menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di
tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan
kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu
bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan
kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama
seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah
ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa
perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku
kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan
untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang
sebelum melangkah ke alam dewasa.
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap
anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan
memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan
yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme
yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh
memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak
vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada
pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan
dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam.
Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya
beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak
bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi
gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.
iv. Peranan
Media Massa
Selain
berfungsi sebagai media
hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada
tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan
mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama
dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang
tersiar atau yang terdapat
dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan
dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati
kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan
komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.
|
No comments:
Post a Comment